Saturday, 30 April 2016

HEGEL'S LAW ??

Terdapat dua jenis undang-undang:
  1. 'Laws of nature'  adalah benar.
  2. 'Laws of right' adalah berbeza dan tidak mutlak.





ln nature the highest truth is that a law is. In right a thing is not valid because it is, since every one demands that it shall conform to his standard.

CONTOH;

Prinsip 'kedaulatan undang-undang' bermaksud kedudukan undang-undang sesebuah negara sebagai kuasa tertinggi yang mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak atau lapisan masyarakat. Prinsip kedaulatan undang-undang ini mengandungi dua perkara umum. Pertama, kuasa yang dilaksana oleh kerajaan hendaklah mempunyai asas atau disandarkankepada sumber yang sah (legitimate). Ini menjadikannya sistem yang mendaulatkan undang-undang, bukan sistem yang mendaulatkan individu; a government of law, not a government of men.

Konsep 'natural justice' Prinsip kedaulatan undang-undang menurut Faham Perlembagaan juga sudah dikembangkan oleh ahli falsafah lain dan juga keputusan mahkamah. Antaranya ialah prinsip undang-undang yang berkesan ke hadapan. Maksudnya undang- undang tidak boleh berkesan ke belakang.Sebagai contoh, seseorang tidak boleh dihukum dengan hukuman yang lebih tinggi daripada hukuman ketika kesalahan dilakukan. Jika hukuman ketika kesalahan dilakukan ialah pemenjaraan selama satu tahun, tetapi, hukuman itu dipinda menjadi dua tahun selepas kesalahan dilakukan, maka hukuman yang boleh dikenakan ialah hanya satu tahun, iaitu hukuman ketika seseorang itu melakukan kesalahan terbabit bukan hukuman yang dipinda. Prinsip kedua ialah, undang-undang hendaklah stabil.

Maksudnya undang-undang tidak boleh berubah-ubah sehingga mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat. Sekiranya pindaan atau perubahan undang-undang diperlukan, ia hendaklah diumumkan kepada masyarakat dengan cara pewartaan. Konsep 'natural justice' juga menjadi inti pati kepada prinsip kedaulatan undang-undang. Walaupun konsep 'natural justice' ini agak abstrak dan tidak mudah untuk dijelaskan, pada dasarnya konsep ini memerlukan pemahaman mendalam kepada prinsip keadilan yang perlu disesuaikan dengan keadaan, masa dan tempat. 

Semakan kehakiman atau 'judicial review' juga satu prinsip penting dalam kedaulatan undang-undang. Semakan kehakiman ialah proses semakan semula oleh mahkamah mengenai keputusan pihak badan pelaksana dalam apa-apa perkara. Sebagai contoh, sekiranya seorang penjawat awam tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa memberhentikan perkhidmatannya, maka penjawat awam itu berhak membawa kes pemberhentiannya kepada mahkamah untuk semakan semula. Perbezaan ketara Kuasa mahkamah dalam menyemak semula keputusan atau tindakan pihak eksekutif menunjukkan wujudnya sistem semak dan imbang dan mahkamah hendaklah bebas dalam melakukan tugas ini. 

Oleh itu, dalam prinsip kedaulatan undang-undang, kebebasan mahkamah adalah elemen utama. Ketika memberi kuasa kepada mahkamah, prinsip kedaulatan undang-undang juga menitikberatkan prinsip kebebasan pihak- pihak atau rakyat umumnya untuk mendapatkan pertolongan daripada mahkamah. 

Bagi merealisasikannya, teori kedaulatan undang-undang mahukan mahkamah yang mudah atau senang dan rapat dengan masyarakat. Dengan kata lain, mahkamah senang dikunjungi tanpa birokrasi yang tegar atau tanpa kos yang tinggi. Jika diperhati dengan teliti prinsip kedaulatan undang-undang dalam Faham Perlembagaan yang digarap Dicey dan keputusan mahkamah ini semuanya ada dalam sistem Islam. Apa yang ketara perbezaannya ialah sumber perundangan dan konsepnya. Sebagai contoh, Islam juga mementingkan kawalan dalam penggunaan kuasa. Justeru, Islam meletakkan syarat ketat untuk lantikan pemimpin. Syarat ketat ini secara langsung menjadi mekanisme semak dan imbang kepada penggunaan kuasa yang luas. Manakala prinsip lain, terutama prinsip keadilan, kesamarataan, undang-undang berkesan ke hadapan dan semakan kehakiman juga menjadi amalan Islam terlebih dahulu sebelum ia dikembangkan Barat dalam Faham Perlembagaan.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/35620 

Sunday, 17 April 2016

PIAGAM MADINAH

Piagam Madinah, yang merupakan piagam tertulis pertama di dunia ini telah meletakkan dasar-dasar Hak Asasi Manusia yang berlandaskan Syari’at Islam. Pada awal pembukaan Piagam Madinah telah disebutkan bahawa semua manusia itu adalah umat yang satu, yang dilahirkan dari sumber yang sama, jadi tidak ada perbezaan antara seorang dengan orang lain dalam segala hal. Namun dalam islam ada satu hal yang membuat seorang dianggap lebih tinggi derajatnya dimata Allah, iaitu kadar imannya, jadi bukan dilihat dari warna kulit, suku, ras, dan Negara namun kadar iman seseorang itu yang membezakannya dengan orang lain.

(Pasal 1-23)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ini adalah piagam dari Muhammad Rasulullah SAW, di kalangan mukminin dan muslimin (yang berasal dari) Quraisy  dan Yatsrib (Madinah), dan yang mengikuti mereka, menggabungkan diri dan berjuang bersama mereka
Pasal 1 
Sesungguhnya mereka satu umat(ummah), berbeza daripada orang lain.
Pasal 2
Kaum muhajirin dari Quraisy mengikut adat (kebiasaan) mereka membayar diat di antara mereka dan hendaklah menebus tawanan mereka dengan kebaikan dan keadilan biasa di kalangan orang yang beriman
Pasal 3 - 10
Banu Auf, Banu Sa’idah, Banu Al-Hars, Banu Jusyam, Banu An-Najjar, Banu ‘Amr bin ‘Awf, Banu Al-Nabit,  dan Banu Al-‘Aws sesuai dengan keadaan (kebiasaan) mereka membayar diat di antara mereka dan hendaklah menebus tawanan mereka dengan kebaikan dan keadilan biasa di kalangan orang yang beriman
Pasal 11
Sesungguhnya mukminin tidak boleh membiarkan orang yang berat menanggung hutang diantara mereka tetapi membantunya dengan baik dalam pembayaran tebusan atau diat.
Pasal 12
Seorang mukmin tidak diperbolehkan membuat persekutuan dengan sekutu mukmin lainnya tanpa persetujuan dari padanya.
Pasal 13
Orang-orang mukmin yang bertaqwa harus menentang orang yang diantara mereka mencari atau menuntut sesuatu secara zalim , jahat, melakukan permusuhan atau kerosakan di kalangan mukminin. Kekuatan mereka bersatu dalam menentangnya, sekalipun ia anak dari salah seorang di antara mereka.
Pasal 14
Seorang mukmin tidak boleh membunuh orang beriman lainnya lantaran membunuh orang kafir. Tidak boleh pula orang beriman membantu orang kafir untuk (membunuh)  orang beriman.
Pasal 15
Jaminan Allah satu. Jaminan (perlindungan) diberikan oleh mereka yang dekat. Sesungguhnya mukminin itu saling membantu, tidak bergantung kepada golongan lain.
Pasal 16
Sesungguhnya orang Yahudi yang mengikuti kita berhak atas pertolongan dan santunan, sepanjang (mukminin) tidak terzalimi dan ditentang olehnya.
Pasal 17
Perdamaian mukminin adalah satu. Seorang mukmin tidak boleh membuat perdamaian tanpa ikut serta mukmin lainnya di dalam suatu peperangan di jalan Allah, kecuali atas dasar kesamaan dan keadilan di antara mereka.
Pasal 18
Setiap pasukan yang berperang bersama kita harus saling membantu antara satu sama lain.
Pasal 19
Orang yang beriman mesti membalas dendam ake atas darah yang lain tertumpah di jalan Allah.
Pasal 20
Orang musyrik (Yatsrib) dilarang melindungi harta dan jiwa orang (musyrik) Quraisy, dan tidak boleh bercampur tangan melawan orang beriman.
Pasal 21
Barang siapa yang membunuh orang beriman dan cukup bukti atas perbuatannya, harus dihukum bunuh, kecuali wali terbunuh rela (menerima diat). Segenap orang beriman harus bersatu dalam menghukumnya.
Pasal 22
Tidak dibenarkan orang mukmin yang mengakui piagam ini, percaya pada Allah dan Hari Akhir, untuk membantu pembunuh dan memberi tempat kediaman kepadanya. Siapa yang memberi bantuan dan menyediakan tempat tinggal bagi yang melanggar itu, akan mendapat kutukan dari Allah pada hari kiamat, dan tidak diterima dari padanya penyesalan dan tebusan.
Pasal 23
Apabila kamu berselisih tentang sesuatu, penyelesaiannya menurut (ketentuan) Allah Azza Wa Jalla dan (keputusan) Muhammad SAW.


Ada dua asas yang sangat mendasar dalam Piagam Madinah, yang tidak terdapat di Negara manapun kecuali Negara yang didirikan dengan dasar agama, pertama, kebebasan beragama, kedua, adalah asas yang mendasari adanya pemikiran kemanusiaan dan persaudaraan, asas yang melindungi persamaan hak dan persamaan kewajiban atas segenap individu dari seluruh warga Negara.

Pada hakikatnya Piagam Madinah itu mempunyai empat rumusan utama, yang merupakan inti dari keseluruhan pasal yang ada, yaitu;
  1. Persatuan umat Islam dari berbagai kabilah menjadi umat yang satu.
  2. Menumbuhkan sikap toleransi dan tolong-menolong antara masyarakat yang baru.
  3. Terjaminnya keamanan dan ketenteraman Negara, dengan diwajibkannya setiap individu untuk membela Negara.
  4. Adanya persamaan dan kebebasan bagi semua yang memeluk agama, dalam kehidupan sehari-hari bersama masyarakat Muslim.

Dari sini, dapat disimpulkan bahawa Hak Asasi Manusia yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah;
  1. Persamaan,
  2. Kebebasan beragama,
  3. Hak Ekonomi,
  4. Dan Hak hidup.

Sebagai contoh nyata, dapat kita lihat pada masa Rasulullah, iaitu pada waktu hijrah dari Mekah ke Madinah. Kaum Anshar yang pada saat itu menerima kedatangan saudaranya Muhajirin dengan tangan terbuka, dan bahkan diantara mereka ada yang memberikan sebahagian hartanya untuk menolong saudaranya yang meninggalkan semua harta bendanya demi menjaga keutuhan iman mereka dari kaum musrik Mekah.


Maka, dengan hangatnya sambutan Anshar atas saudara mereka Muhajirin yang berhijrah demi agama dari Mekah ke Madinah inilah yang menjadikan mereka (Anshar) sebagai tauladan yang sangat baik dalam menegakkan Hak Asasi Manusia dalam Islam dengan tidak membezakan status sosial yang ada, mereka dengan suka rela menolong saudara mereka seiman yang sedang mempertahankan iman mereka.