Sunday, 1 May 2016

SECULAR HUMANISM ???

Humanism sekular ialah falsafah etika yang menekankan suatu pandangan berdasarkan naturalisme: kepercayaan bahawa dunia fizikal atau sifat adalah semua yang wujud atau yang sebenar. Ia mengutamakan kaedah saintifik dan menolak ilmu pengetahuan serta moral berunsurkan ketuhanan. Ia semakin berpengaruh dalam politik, etika dan moral serta pendidikan.




AGAMA

Menggambarkan diri mereka sebagai;
  1.             Ateis (tanpa kepercayaan kepada tuhan atau sangat sangsi dengan kemungkinan)    
  2.           Agnostic (tanpa pengetahuan tuhan dan tidak pasti kemungkinan)

PENDIDIKAN

Menggalakkan kesedaran moral, keupayaan untuk pilihan bebas, dan pemahaman tentang akibat pilihan. Pendidikan adalah kaedah yang penting dalam membina masyarakat berperikemanusiaan, bebas dan demokratik. Indoktrinasi kanak-kanak dalam sistem kepercayaan sebelum ia cukup matang ia tidak sesuai. Tujuan pendidikan merangkumi pemindahan pengetahuan, latihan untuk pekerjaan atau kerjaya.

MEMARTABATKAN HAK KANAK-KANAK

AKTA Kanak-Kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) mentafkrifkan mereka yang berumur di bawah 18 tahun sebagai kanak-kanak. Golongan masyarakat ini menjadi aset berharga dalam pembentukan dan pembangunan sesebuah negara. Penjagaan hak kanak-kanak dalam setiap aspek, terutamanya hak pendidikan pada masa kini, mencerminkan nasib dan keadaan negara pada masa hadapan.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Setiap anak dilahirkan di atas fitrah hingga ia fasih (berbicara), maka kedua-dua orang tuanya lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.”(Hadis riwayat al-Baihaqi dan ath-Thabarani dalam al-Mu’jamul Kabir).

Hadis ini membuktikan Islam juga sangat menitikberatkan pendidikan kanak-kanak dan peranan orang tua. Kanak-kanak sangat suci, mereka perlu dicorakkan dan dibentuk menurut acuan yang betul. Menjadi tanggungjawab setiap pihak untuk memastikan mereka mendapatkan pendidikan sempurna dan berkualiti serta menepati fitrah mereka sebagai khalifah di bumi ini.

Menyedari kepentingan agar hak pendidikan kanak-kanak dilindungi, pelbagai akta dan konvensyen telah digubal di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR), Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989 (CRC) serta Akta Kanak-Kanak 2001 antara usaha menjaga hak asasi kanak-kanak termasuklah hak pendidikan. Malah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) juga memainkan peranan penting dalam memelihara hak pendidikan bagi kanak-kanak di Malaysia melalui mandatnya sebagai badan yang memantau sebarang bentuk diskriminasi dan penafian hak asasi manusia di Malaysia.

Malaysia telah meratifikasi CRC pada 17 Februari 1995. Artikel 28 menyentuh tentang tanggungjawab negara dalam memastikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua. Perkara ini sejajar dengan matlamat kedua UDHR dan ini bermakna semua kanak-kanak di Malaysia seharusnya mempunyai peluang sekurang-kurangnya setahun di peringkat pendidikan awal, dan enam tahun di peringkat sekolah rendah secara percuma.

Sungguhpun pelbagai usaha dijalankan namun masih terdapat kanak-kanak yang tercicir daripada mendapat hak pendidikan mereka termasuklah kanak-kanak kurang upaya (OKU), Orang Asli, mereka yang tinggal di pedalaman dan miskin serta hak kanak-kanak rakyat negara lain yang menetap di Malaysia dengan izin atau tanpa izin.

Konsep hak pendidikan kanak-kanak perlu difahami dan dilaksanakan dengan baik oleh semua peringkat. Artikel 29 dalam CRC menerangkan pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap paling tinggi. Kebolehan mental mahupun fizikal kanak-kanak adalah berbeza-beza. Kecenderungan dan keupayaan mereka luas dan berada pada domain yang tersendiri. Maka, keputusan peperiksaan berdasarkan prestasi akademik semata-mata tidak sepatutnya dijadikan kayu ukur bagi menentukan kepandaian seseorang kanak-kanak itu. Dikhuatiri, ini adalah satu pencabulan ke atas hak pendidikan kepada kanak-kanak.
Menurut Al-Abrashi di dalam kitab al-Tarbiyyah al-Islamiyyah Wa Falasifatuna, matlamat pendidikan ialah menyediakan pelajar menjalani hidup murni dengan penuh tanggungjawab ke arah pembentukan sahsiah Islam. Dengan ilmu, manusia dapat memelihara akal dan akhlak dalam sistem kehidupannya.
Oleh itu,menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk memartabatkan hak pendidikan kanak-kanak dalam membina tamadun dan peradaban Islam yang hebat.

Dilema utama yang dihadapi sistem pendidikan Islam di Malaysia dewasa ini ialah pelbagai persepsi negatif dan cabaran mengurus institusi-institusi mereka secara teratur dan profesional. Terutamanya, institusi swasta yang sekarang ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Keberadaan madrasah,sekolah tahfiz,sekolah agama rakyat dan institusi lain berlatarbelakangkan pendidikan Islam seringkali berada di tahap yang menyedihkan. Mereka mempunyai masalah menyediakan silibus pendidikan yang berkualiti, tidak mempunyai kemudahan prasarana dan perkembangan pelajar dalam menentukan kecenderungan mereka dalam pembelajaran juga tidak dapat disukat secara konsisten dan betul. Hal ini kerana ketiadaan sistem sempurna dan dana yang mencukupi dalam membina sistem pendidikan kanak-kanak. Ini boleh menjadi penyebab penafian hak pendidikan kanak-kanak yang sempurna dalam sistem pendidikan Islam.

Atas kesedaran ini, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) yang ditubuhkan melalui permuafakatan pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) akan menganjurkan Kolokium Hak Kanak-Kanak Dalam Sistem Pendidikan Islam dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di CENTHRA pada semalam, 9 Mac 2016.
Antara objektif utama kolokium ini adalah mewujudkan kesedaran tentang kepentingan hak kanak-kanak di dalam sistem pendidikan Islam serta mendapatkan input serta pandangan daripada guru, mudir, pengelola sekolah agama rakyat SAR, tahfiz, pondok, madrasah, ibu bapa, pegawai dan pentadbir pendidikan Jabatan Agama Islam dan Kementerian Pendidikan dan aktivis-aktivis pendidikan NGO mengenai cara atau kaedah untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan Islam dari perspektif hak asasi manusia khususnya hak kanak-kanak.

Setiap pihak memainkan peranan penting dalam memelihara hak pendidikan kanak-kanak khasnya di Malaysia. Kementerian Pendidikan, guru-guru dan ibu bapa perlu berusaha memberikan hak pendidikan kanak-kanak tanpa diskriminasi kepada sesiapa sahaja. Kanak-kanak yang mendapat hak pendidikan yang berkualiti akan menjadi sumber penting dalam mencari penyelesaian masalah dan kemelut yang dihadapi kini. Mereka bukanlah beban tetapi satu pelaburan yang diperlukan untuk masa kini dan hadapan.

PENULIS ialah Felo Muda Dakwah Yadim yang sedang menjalani latihan praktikal di Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA).

Saturday, 30 April 2016

HEGEL'S LAW ??

Terdapat dua jenis undang-undang:
  1. 'Laws of nature'  adalah benar.
  2. 'Laws of right' adalah berbeza dan tidak mutlak.





ln nature the highest truth is that a law is. In right a thing is not valid because it is, since every one demands that it shall conform to his standard.

CONTOH;

Prinsip 'kedaulatan undang-undang' bermaksud kedudukan undang-undang sesebuah negara sebagai kuasa tertinggi yang mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak atau lapisan masyarakat. Prinsip kedaulatan undang-undang ini mengandungi dua perkara umum. Pertama, kuasa yang dilaksana oleh kerajaan hendaklah mempunyai asas atau disandarkankepada sumber yang sah (legitimate). Ini menjadikannya sistem yang mendaulatkan undang-undang, bukan sistem yang mendaulatkan individu; a government of law, not a government of men.

Konsep 'natural justice' Prinsip kedaulatan undang-undang menurut Faham Perlembagaan juga sudah dikembangkan oleh ahli falsafah lain dan juga keputusan mahkamah. Antaranya ialah prinsip undang-undang yang berkesan ke hadapan. Maksudnya undang- undang tidak boleh berkesan ke belakang.Sebagai contoh, seseorang tidak boleh dihukum dengan hukuman yang lebih tinggi daripada hukuman ketika kesalahan dilakukan. Jika hukuman ketika kesalahan dilakukan ialah pemenjaraan selama satu tahun, tetapi, hukuman itu dipinda menjadi dua tahun selepas kesalahan dilakukan, maka hukuman yang boleh dikenakan ialah hanya satu tahun, iaitu hukuman ketika seseorang itu melakukan kesalahan terbabit bukan hukuman yang dipinda. Prinsip kedua ialah, undang-undang hendaklah stabil.

Maksudnya undang-undang tidak boleh berubah-ubah sehingga mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat. Sekiranya pindaan atau perubahan undang-undang diperlukan, ia hendaklah diumumkan kepada masyarakat dengan cara pewartaan. Konsep 'natural justice' juga menjadi inti pati kepada prinsip kedaulatan undang-undang. Walaupun konsep 'natural justice' ini agak abstrak dan tidak mudah untuk dijelaskan, pada dasarnya konsep ini memerlukan pemahaman mendalam kepada prinsip keadilan yang perlu disesuaikan dengan keadaan, masa dan tempat. 

Semakan kehakiman atau 'judicial review' juga satu prinsip penting dalam kedaulatan undang-undang. Semakan kehakiman ialah proses semakan semula oleh mahkamah mengenai keputusan pihak badan pelaksana dalam apa-apa perkara. Sebagai contoh, sekiranya seorang penjawat awam tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa memberhentikan perkhidmatannya, maka penjawat awam itu berhak membawa kes pemberhentiannya kepada mahkamah untuk semakan semula. Perbezaan ketara Kuasa mahkamah dalam menyemak semula keputusan atau tindakan pihak eksekutif menunjukkan wujudnya sistem semak dan imbang dan mahkamah hendaklah bebas dalam melakukan tugas ini. 

Oleh itu, dalam prinsip kedaulatan undang-undang, kebebasan mahkamah adalah elemen utama. Ketika memberi kuasa kepada mahkamah, prinsip kedaulatan undang-undang juga menitikberatkan prinsip kebebasan pihak- pihak atau rakyat umumnya untuk mendapatkan pertolongan daripada mahkamah. 

Bagi merealisasikannya, teori kedaulatan undang-undang mahukan mahkamah yang mudah atau senang dan rapat dengan masyarakat. Dengan kata lain, mahkamah senang dikunjungi tanpa birokrasi yang tegar atau tanpa kos yang tinggi. Jika diperhati dengan teliti prinsip kedaulatan undang-undang dalam Faham Perlembagaan yang digarap Dicey dan keputusan mahkamah ini semuanya ada dalam sistem Islam. Apa yang ketara perbezaannya ialah sumber perundangan dan konsepnya. Sebagai contoh, Islam juga mementingkan kawalan dalam penggunaan kuasa. Justeru, Islam meletakkan syarat ketat untuk lantikan pemimpin. Syarat ketat ini secara langsung menjadi mekanisme semak dan imbang kepada penggunaan kuasa yang luas. Manakala prinsip lain, terutama prinsip keadilan, kesamarataan, undang-undang berkesan ke hadapan dan semakan kehakiman juga menjadi amalan Islam terlebih dahulu sebelum ia dikembangkan Barat dalam Faham Perlembagaan.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/35620 

Sunday, 17 April 2016

PIAGAM MADINAH

Piagam Madinah, yang merupakan piagam tertulis pertama di dunia ini telah meletakkan dasar-dasar Hak Asasi Manusia yang berlandaskan Syari’at Islam. Pada awal pembukaan Piagam Madinah telah disebutkan bahawa semua manusia itu adalah umat yang satu, yang dilahirkan dari sumber yang sama, jadi tidak ada perbezaan antara seorang dengan orang lain dalam segala hal. Namun dalam islam ada satu hal yang membuat seorang dianggap lebih tinggi derajatnya dimata Allah, iaitu kadar imannya, jadi bukan dilihat dari warna kulit, suku, ras, dan Negara namun kadar iman seseorang itu yang membezakannya dengan orang lain.

(Pasal 1-23)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ini adalah piagam dari Muhammad Rasulullah SAW, di kalangan mukminin dan muslimin (yang berasal dari) Quraisy  dan Yatsrib (Madinah), dan yang mengikuti mereka, menggabungkan diri dan berjuang bersama mereka
Pasal 1 
Sesungguhnya mereka satu umat(ummah), berbeza daripada orang lain.
Pasal 2
Kaum muhajirin dari Quraisy mengikut adat (kebiasaan) mereka membayar diat di antara mereka dan hendaklah menebus tawanan mereka dengan kebaikan dan keadilan biasa di kalangan orang yang beriman
Pasal 3 - 10
Banu Auf, Banu Sa’idah, Banu Al-Hars, Banu Jusyam, Banu An-Najjar, Banu ‘Amr bin ‘Awf, Banu Al-Nabit,  dan Banu Al-‘Aws sesuai dengan keadaan (kebiasaan) mereka membayar diat di antara mereka dan hendaklah menebus tawanan mereka dengan kebaikan dan keadilan biasa di kalangan orang yang beriman
Pasal 11
Sesungguhnya mukminin tidak boleh membiarkan orang yang berat menanggung hutang diantara mereka tetapi membantunya dengan baik dalam pembayaran tebusan atau diat.
Pasal 12
Seorang mukmin tidak diperbolehkan membuat persekutuan dengan sekutu mukmin lainnya tanpa persetujuan dari padanya.
Pasal 13
Orang-orang mukmin yang bertaqwa harus menentang orang yang diantara mereka mencari atau menuntut sesuatu secara zalim , jahat, melakukan permusuhan atau kerosakan di kalangan mukminin. Kekuatan mereka bersatu dalam menentangnya, sekalipun ia anak dari salah seorang di antara mereka.
Pasal 14
Seorang mukmin tidak boleh membunuh orang beriman lainnya lantaran membunuh orang kafir. Tidak boleh pula orang beriman membantu orang kafir untuk (membunuh)  orang beriman.
Pasal 15
Jaminan Allah satu. Jaminan (perlindungan) diberikan oleh mereka yang dekat. Sesungguhnya mukminin itu saling membantu, tidak bergantung kepada golongan lain.
Pasal 16
Sesungguhnya orang Yahudi yang mengikuti kita berhak atas pertolongan dan santunan, sepanjang (mukminin) tidak terzalimi dan ditentang olehnya.
Pasal 17
Perdamaian mukminin adalah satu. Seorang mukmin tidak boleh membuat perdamaian tanpa ikut serta mukmin lainnya di dalam suatu peperangan di jalan Allah, kecuali atas dasar kesamaan dan keadilan di antara mereka.
Pasal 18
Setiap pasukan yang berperang bersama kita harus saling membantu antara satu sama lain.
Pasal 19
Orang yang beriman mesti membalas dendam ake atas darah yang lain tertumpah di jalan Allah.
Pasal 20
Orang musyrik (Yatsrib) dilarang melindungi harta dan jiwa orang (musyrik) Quraisy, dan tidak boleh bercampur tangan melawan orang beriman.
Pasal 21
Barang siapa yang membunuh orang beriman dan cukup bukti atas perbuatannya, harus dihukum bunuh, kecuali wali terbunuh rela (menerima diat). Segenap orang beriman harus bersatu dalam menghukumnya.
Pasal 22
Tidak dibenarkan orang mukmin yang mengakui piagam ini, percaya pada Allah dan Hari Akhir, untuk membantu pembunuh dan memberi tempat kediaman kepadanya. Siapa yang memberi bantuan dan menyediakan tempat tinggal bagi yang melanggar itu, akan mendapat kutukan dari Allah pada hari kiamat, dan tidak diterima dari padanya penyesalan dan tebusan.
Pasal 23
Apabila kamu berselisih tentang sesuatu, penyelesaiannya menurut (ketentuan) Allah Azza Wa Jalla dan (keputusan) Muhammad SAW.


Ada dua asas yang sangat mendasar dalam Piagam Madinah, yang tidak terdapat di Negara manapun kecuali Negara yang didirikan dengan dasar agama, pertama, kebebasan beragama, kedua, adalah asas yang mendasari adanya pemikiran kemanusiaan dan persaudaraan, asas yang melindungi persamaan hak dan persamaan kewajiban atas segenap individu dari seluruh warga Negara.

Pada hakikatnya Piagam Madinah itu mempunyai empat rumusan utama, yang merupakan inti dari keseluruhan pasal yang ada, yaitu;
  1. Persatuan umat Islam dari berbagai kabilah menjadi umat yang satu.
  2. Menumbuhkan sikap toleransi dan tolong-menolong antara masyarakat yang baru.
  3. Terjaminnya keamanan dan ketenteraman Negara, dengan diwajibkannya setiap individu untuk membela Negara.
  4. Adanya persamaan dan kebebasan bagi semua yang memeluk agama, dalam kehidupan sehari-hari bersama masyarakat Muslim.

Dari sini, dapat disimpulkan bahawa Hak Asasi Manusia yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah;
  1. Persamaan,
  2. Kebebasan beragama,
  3. Hak Ekonomi,
  4. Dan Hak hidup.

Sebagai contoh nyata, dapat kita lihat pada masa Rasulullah, iaitu pada waktu hijrah dari Mekah ke Madinah. Kaum Anshar yang pada saat itu menerima kedatangan saudaranya Muhajirin dengan tangan terbuka, dan bahkan diantara mereka ada yang memberikan sebahagian hartanya untuk menolong saudaranya yang meninggalkan semua harta bendanya demi menjaga keutuhan iman mereka dari kaum musrik Mekah.


Maka, dengan hangatnya sambutan Anshar atas saudara mereka Muhajirin yang berhijrah demi agama dari Mekah ke Madinah inilah yang menjadikan mereka (Anshar) sebagai tauladan yang sangat baik dalam menegakkan Hak Asasi Manusia dalam Islam dengan tidak membezakan status sosial yang ada, mereka dengan suka rela menolong saudara mereka seiman yang sedang mempertahankan iman mereka.

Sunday, 27 March 2016

ANOMIE ???


Emile Durkheim, perintis sosiologi Prancis abad ke-19 menggunakan kata ini dalam bukunya yang menghuraikan sebab-sebab bunuh diri. Ia menggambarkan keadaan atau kekacauan dalam diri individu tersebut, yang bercirikan oleh ketidakhadiran atau berkurangnya standard atau nilai-nilai, dan perasaan alienasi dan tiada tujuan. Anomie sangat umum terjadi apabila masyarakat sekitarnya mengalami perubahan-perubahan yang besar dalam situasi ekonomi, sama ada semakin baik atau semakin buruk, dan lebih umum lagi ketika ada kekangan besar antara teori-teori dan nilai-nilai ideologi yang umumnya diakui dan dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari.

Anomie terjadi kerana individu kurang cakna kepada masyarakat. Ini terjadi oleh  kerana kurangnya integrasi sosial. Individu merasakan mereka tidak wujud dalam masyarakat. Kedua adalah kurangnya pembangunan pada tahap seorang individu. Anomie juga merupakan pertukaran sosial yang mengejutkan seperti bankrup dan kematian ahli keluarga. Individu merasa kurangnya pembangunan dalam diri dan membuat keputusan dengan di luar norma manusia dengan membunuh diri.

Konsep yang digunakan oleh Durkheim tentang bunuh diri amat penting. Berdasarkan contoh kes yang tersenarai, dapat dijelaskan bagaimana situasi atau sesuatu kejadian dapat diterangkan melalui teori dan konsep. Emile durkheim telah meneliti masalah dalam masyarakat dengan menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi iaitu sebab musabab terjadinya sesuatu fenomena.

Durkheim melihat bahawa individu tidak dapat menjadi sebahagian daripada masyarakat pada kebiasaannya akan menjadikan mereka dalam keadaan tidak diintegrasi lalu membunuh diri. Individu ini dikaitkan dengan anomie. Individu adalah keterlaluan dari norma sosial dan akan bertentangan antara satu dengan lain. Individu akan kehilangan pegangan moral, kawalan sosial dan menjadi kurang jelas. Namun demikian masyarakat tidak dapat memberikan integrasi kepada individu tersebut. Keadaan ini sebenarnya adalah berpunca daripada individu itu sendiri kerana gagal mengintegrasikan diri dalam masyarakat yang ada terutamanya dalam masyarakat organik yang diterangkan oleh Durkheim.

...

..

.



...

..

.


Contoh kes;

Sebanyak 130 kes bunuh diri atau cubaan membunuh diri direkodkan dari Januari hingga Oktober tahun 2015 dengan 84 daripadanya melibatkan pelaku lelaki dan 46 wanita. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat berkata, mengikut kategori umur, mangsa dalam lingkungan tujuh hingga 40 tahun berjumlah 70 orang, 41 tahun ke atas berjumlah 25 orang dan baki seramai 35 orang tidak diketahui status sebenar umur mereka.
Mengikut pecahan kaum pula, katanya, 34 orang terdiri daripada Melayu, 68 India, 42 Cina dan selebihnya daripada pelbagai kaum dan etnik.

“Kejadian membunuh diri atau cubaan membunuh diri dalam kalangan penduduk tempatan atau warganegara asing adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti masalah kewangan, tekanan jiwa, kecewa dalam percintaan, masalah keluarga dan sebagainya,” katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator S. Bagiam mengenai statistik kes cubaan bunuh diri serta tindakan susulan kerajaan dalam membantu mereka agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Menurut Masir, bagi mengatasi masalah kes bunuh diri atau cubaan membunuh diri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sesi perjumpaan, ceramah dan dialog dengan masyarakat telah memberikan langkah-langkah ke­sedaran seperti bimbingan kaun­seling dan perkhidmatan psikoterapi serta pendidikan agama atau moral.



Tuesday, 8 March 2016

APA ITU HAKAM?

Menurut Kamus Dewan hak asasi ialah hak manusia seperti 
hak kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan bergerak dan sebagainya.



.
..
...
..
.