Monday, 6 June 2016

SEJARAH PERGERAKAN HAK ASASI MANUSIA



Magna Charta (1215)

Pengisytiharan pertama hak asasi manusia di Eropah. Piagam perjanjian antara Raja John dari Inggeris dengan para bangsawan disebut Magna Charta. Isi yang terkandung dalam perjanjian adalah pemberian jaminan beberapa hak oleh raja kepada para bangsawan beserta keturunannya, seperti hak untuk tidak dipenjarakan tanpa adanya pemeriksaan pengadilan. Jaminan itu diberikan sebagai balasan atas bantuan pembiayaan pemerintahan yang telah diberikan oleh para bangsawan. Sejak saat itu, jaminan hak tersebut berkembang dan menjadi bagian dari sistem konstitusional Inggeris.

Pada abad kelapan belas dan kesembilan belas di Eropah beberapa ahli falsafah mencadangkan konsep "natural rights," hak-hak yang dimiliki oleh orang secara semula jadi dan kerana dia adalah seorang manusia, bukan oleh sebab kewarganegaraannya di negara atau keahlian tertentu dalam agama tertentu atau kumpulan etika.


Revolusi Perancis (1789)

Revolusi Perancis adalah bentuk perlawanan rakyat Perancis kepada rajanya sendiri (Louis XVI) yang telah bertindak sewenang-wenangnya. Declaration des droits de I’homme et du citoyen (Pernyataan Hak-Hak Manusia dan Warga Negara) dihasilkan oleh Revolusi Prancis. Pernyataan ini memuat tiga hal: hak atas kebebasan (liberty), kesamaan (egality), dan persaudaraan (fraternite)

Antara yang terkandung di dalam "Declaration of the Rights of Man":

Artikel 1. Lelaki dilahirkan dan kekal bebas dan samarata dari segi hak.

Artikel 2. Kebebasan, harta, keselamatan, dan rintangan kepada penindasan.


Pertengahan dan akhir abad ke-19, menyaksikan terdapat beberapa isu yang menjadi tumpuan, ramai daripada mereka pada abad ke 20-an  mempertimbangkan isu-isu hak asasi manusia. Mereka termasuk perhambaan, penghambaan serf, keadaan kerja yang kejam, gaji kebuluran, buruh kanak-kanak, dan di Amerika yang dikenali pada masa itu "Indian Problem".

Pada bahagian terakhir daripada abad-19 dan separuh pertama abad ke-20, walaupun aktivis hak asasi manusia kekal sebahagian besarnya terikat kepada kumpulan politik dan agama dan kepercayaan.

Terdapat banyak hak-hak sivil  dan pergerakan hak asasi manusia yang tertentu berjaya mempengaruhi perubahan sosial yang mendalam pada masa itu. Kesatuan sekerja membawa undang-undang yang memberi hak pekerja untuk mogok, mewujudkan kerja yang minimum, melarang atau mengawal selia buruh kanak-kanak, mewujudkan kerja minggu empat puluh jam di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, dan lain-lain. Pergerakan hak wanita pula berjaya mendapatkan hak bagi ramai untuk mengundi. Gerakan kemerdekaan di banyak negara berjaya mengusir penjajah. Salah satu yang paling berpengaruh adalah pergerakan Mahatma Ghandi untuk membebaskan India dari pemerintahan British. Pergerakan yang lama ditindas kaum minoriti dan agama berjaya di banyak tempat di dunia, antaranya pergerakan Hak Sivil AS itu.


CONTOH KES:

...
..
.


.. 
... 


SUARA kebimbangan telah dilaungkan pada Hari Antiburuh Kanak-Kanak Sedunia pada 12 Jun lalu bagi menghentikan perbuatan mengambil kanak-kanak bekerja dan memastikan nikmat memperoleh pendidikan mereka tidak dirampas.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) memberitahu, dianggarkan sebanyak 75 juta kanak-kanak di dunia dinafikan keperluan untuk bersekolah kerana dikerah untuk bekerja.

Badan itu turut mendedahkan, secara keseluruhannya terdapat kira-kira 165 juta kanak-kanak antara usia lima hingga 14 tahun di dunia adalah buruh.

"Buruh kanak-kanak begitu rapat dikaitkan dengan kedaifan iaitu apabila keluarga tidak mampu menyekolahkan mereka dan membayar untuk kos-kos lain.

"Keluarga yang amat miskin mungkin bergantung kepada anak-anak yang masih mentah untuk mendapatkan sesuap nasi.

"Jadi, tempat yang paling sesuai untuk mereka ialah di tempat kerja dan bukannya sekolah," demikian kenyataan yang dikeluarkan ILO.

ILO menggariskan paksaan bekerja ke atas kanak-kanak adalah satu eksploitasi. Ia bertentangan dengan hak kanak-kanak iaitu untuk dilindungi daripada melakukan kerja-kerja yang berisiko atau mengganggu kemaslahatan pendidikan serta kesihatan mereka.

Walaupun had umur boleh bekerja ditentukan oleh sesebuah negara, tetapi gejala buruh kanak-kanak menjadi suatu isu yang kritikal di negara-negara miskin. Pekerjaan yang mereka lakukan adakalanya begitu berbahaya, tambahan pula untuk usia seperti mereka.

Di Bolivia misalnya, ada kanak-kanak yang bekerja di lombong timah, zink dan perak yang cukup berbahaya.

Di altitud lombong Potosi yang tinggi, seorang kanak-kanak, Ramiro, 12, memulakan kerja. Dia kelihatan berdiri di satu laluan masuk ke lombong dengan topi keledar di tangannya.

"Saya bekerja kerana terdesak," jelasnya yang berasa kurang senang dengan kerja yang dilakukannya kerana berdepan dengan risiko kesihatan. "Inilah yang dirasai oleh semua kanak-kanak yang bekerja di lombong ini. Kadang-kadang sesetengah mati, sesetengah pula selamat," katanya.

Di pinggir bandar, N'Djamena di Chad, kanak-kanak kecil kelihatan bekerja mengangkut batu-bata di atas kepala. Itulah nasib yang harus dilalui sebagai pekerja kilang menghasilkan batu untuk pembinaan bangunan. Banyak kanak-kanak digunakan untuk memindahkan batu-bata.

Begitu juga keadaannya di Huachipa, Peru, kira-kira 50 kilometer dari Lima. Kanak-kanak dipaksa bekerja untuk mengeringkan batu-bata. Dianggarkan berpuluh-puluh ribu kanak-kanak di Peru bekerja setiap hari selalunya bagi kerja-kerja yang berbahaya.

Kanak-kanak di Kemboja pula bekerja mengutip botol-botol dan tin-tin kosong. Lebih memilukan, adakalanya mereka mengutip botol-botol dan tin-tin tersebut di hadapan murid-murid sekolah seusia mereka. Kanak-kanak lain seronok mengutip ilmu di dalam kelas sedang mereka berhempas pulas mengutip 'benda-benda lain' di luar sekolah.

India antara negara yang tidak terkecuali melalui masalah ini. Berbagai usaha cuba dilakukan untuk menyelesaikannya. Sehari sebelum Hari Antiburuh Kanak-Kanak Sedunia, aktivis dari pertubuhan bukan kerajaan Bachpan Bachon Andolan bersama-sama majistret Bhajanpura telah menyelamatkan 62 kanak-kanak antara usia tujuh hingga 14 tahun daripada terus menjadi buruh.

Walaupun berlaku pengurangan kadar buruh kanak-kanak di Filipina daripada 913,000 pada tahun 2003 kepada 774,000 pada tahun 2005, pegawai ILO di rantau Asia, Keiko Niimi masih berpendapat menentang gejala buruh kanak-kanak di negara itu masih menjadi cabaran.

Aktivis hak kanak-kanak di Thailand turut berkongsi kebimbangan mereka berhubung hal ini, terutama dalam kalangan keluarga-keluarga di kawasan pedalaman dan terpencil.

"Mereka bekerja dalam masa yang begitu panjang tetapi diberikan upah yang sedikit. Kilang-kilang tempat mereka bekerja hanya menyediakan mereka semangkuk nasi dan sebiji telur untuk kerja lebih masa," kata Kanokwan Morapsatian dari Program Buruh Kanak-Kanak di Yayasan Pembangunan Kanak-Kanak (FCD).

Menurutnya, Asia Pasifik merupakan rantau yang mencatatkan bilangan kanak-kanak bekerja tertinggi di dunia. Thailand menganggarkan 1.5 juta daripada buruh di negara itu adalah kanak-kanak atau remaja berusia antara 15 hingga 19 tahun pada tahun 2006.

Bagi meraikan Hari Antiburuh Kanak-Kanak Sedunia, pelbagai program diadakan di banyak negara.

Sebagai contoh, kanak-kanak Switzerland dan Perancis berhimpun di dataran berhadapan dengan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland. Mereka memegang belon bermesejkan hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan.



Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment