Saturday, 11 June 2016

SUHAKAM

Image result for suhakam

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000
FungsiSUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Seksyen 2 Akta ini mentakrif “hak asasi manusia” sebagai merujuk kepada “kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan”.
Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:
  1. Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia;
  2. Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil;
  3. Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
  4. Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.
Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa hendaklah diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) selagi Pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen 12 memberi SUHAKAM kuasa memulakan sendiri penyiasatan terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak asasi manusia, di samping bertindak berasaskan aduan yang dibuat kepadanya. Bagaimanapun, SUHAKAM tidak boleh menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan mana-mana mahkamah undang-undang atau yang sudah diputuskan dengan muktamad oleh mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara yang sedang disiasat dibawa ke mahkamah.


Suhakam rangka kod etika media mengenai hak asasi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bersama-sama sekumpulan profesional media berpengalaman telah merangka satu kod etika bagi membimbing pengamal media berhubung isu-isu hak asasi manusia.
  Mengguna pakai kod etika ini bagi menggalakkan laporan media yang mengandungi maklumat lengkap, adil dan tepat serta mematuhi standard tatalaku tertentu. Pematuhan kod etika tertentu adalah penting bagi memastikan profesionalisme dalam laporan media.
Liputan media terhadap perkara yangberkaitan dengan hak asasi manusia adalah agak terhad di Malaysia. Isu-isu hak asasi manusia kurang diberi liputan kerana pengamal media negara ini mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang terhad tentang perkara itu.

 Perkara Empat menyatakan hak-hak wanita, kanak-kanak, orang tua, orang kurang upaya, pekerja asing dan kumpulan lemah dan terpinggir merupakan bahagian hak asasi manusia dan asas kebebasan yang tidak terpisah, penting dan tidak boleh dibahagikan.

laporan yang baik memudahkan perlindungan khas diberikan kepada kumpulan terpinggir yang layak, sebaliknya laporan buruk boleh membawa persepsi negatif terhadap kumpulan itu.



Pedofilia: Suhakam gesa laksana undang-undang ketat

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa undang-undang yang ketat dan khusus dikuatkuasakan di negara ini untuk melindungi kanak-kanak dari segala bentuk keganasan dan pencabulan seksual.
peruntukan itu harus termasuk undang-undang yang membantu polis, pendakwa dan agensi penguatkuasa untuk memburu dan membawa ke muka pengadilan mereka yang cuba melakukan pencabulan seksual ke atas kanak-kanak dengan memuat naik gambar dan video mangsa dalam talian.

No comments:

Post a Comment